Monday, November 30, 2009

Pejam celik pejam celik dah 34 hari aku sudah menjadi seorang guru di smk white sand (SMKPP) .... & sekarang ni aku berada di kampung...cuti beb..cuti raye aji...
macam-macam kenangan , nie yang aku nak share ngan orang2 kat lua tue... sebelum nie aku tak sempat nak cerita dekat sini……………………………

************************************************

26 Nov 2009

Aku, ijat & Ervina ..pagi2 dah gerak pergi SMK Khalid, jb.. Memandangkan nak gerak pagi dari benut adalah amat mustahil untuk smpai ke jb tue dlm kul 7.30, biaselah jem….. sape x kenal jb kan...senantiasa jem lg2 waktu puncak.. So untuk mengelakkan segala masalah yang akan melanda kita orang pon bermalam kat umah akak Rohani kat apartment Larkin Indah…

Sampai je jumpe member2 lama yang memang aku rindui..member2 upsi… Kire macam reunion besar-besaran gaklah.. nak dijadikan cerita kite org g breakfast kat dewan kecik SMK Khalid tue.. Besar gak sekolah nie.. yang paling aku bangga sekolah nie sekolah seni.. satu2 nya sekolah seni yang ada kat semenanjung.
Seperti biasa aku & kawan2 kene dengar ceramah dulu. Macam-macam maklumat kita orang dapat dalam majlis ni…lagi-lagi part gaji tu yang paling penting…ahakzzz…

Lepas kite orang semua kene “brainwash” kita orang pun diserahkan kat Pengetua @ PK Pentdbiran sekolah memasing. Tapi hari tu aku agak malang sikit, PK 1 yang sepatutnya menjemput aku telah meninggalkan aku terkapai-kapai tanpa hala tuju..=(

sedih betul, berlaku mis communication yang si JPNJ cakap PK1 aku masih kat kantin,tapi rupanya dia dah meninggalkan aku keseorang. Dah macam anak terbuang aku nie…
Dah tak pasal2 aku terpaksa menumpang bas SMK kota masai 2, ramai yang posting ke sana tak salah 36 orang, sah-sah satu bas. Aku pun duduk termenung memikirkan nasib aku nie, sambil tunggu bus tu datang. Tak lama kemudian aku jumpa ngan diA ngan member dia Chegu Daus, dengan baik hatinya chegu Daus mempelawa aku.. Dia nak anta aku pergi sekolah white sand tue… emm mula-mula agak keberatan juga laa… ye laa macam menyusahkan dia je.. tapi lepas berfikir secara logik dan memikirkan kepentingan diri serta mendapat sokongan dari orang-orang sekeliling expecialy diA.. aku pun setuju untuk dihantar… agak kesian laa kat chegu daus, dah aa dia masa tue ngah mengalami sakit kepala atau senang cerita magrain. Sampai kat p.gudang kita orang pergi dulu kat sekolah chegu Daus. Biar dia setlekan dulu hal dia dekat pejabat. Tak lama lepas tue dia pun hantar aku ke sekolah White Sand. Nie satu hal gak, nak cari jalan ke sana tu pun masalah, yelah baru lagi kat P.gudang.. siap sesat lagi huhuuh. Sampai-sampai je kat sekolah aku terus pergi pejabat, agak haru jugalah dah laa kene tinggal keseorangan. Masuk-masuk je pejabat semua baru habis meeting, dia orang siap cakap aku yang menghilangkan diri & pada masa tu laa aku berkenalan dengan PK1 aku yang telah bertanggungjawab meningalkan aku keseorangan….Pn. Nasriah…huhhuhhuhuu

Hari pertama datang dah ada masalah…mengaharap sangat lepas nie tak ada lagi masalah besar yang melanda.
Minggu pertama dah banyak keje gakla. Aku dah dapat jadual aku sendiri.. Aku kene mengajar sejarah form4 pas tue jadi guru kelas form3 Gigih. Hari jumaat pulak, aku dah kene menjoinkan diri dalam Majlis Pensiswazahan PMR & SPM kat TS Hotel. Dapat laa aku berkenal-kenalan ngan budak2 SPM n PMR..

Majlis Pensiswazahan PMR & SPM SMKPP

Minggu ke2 pulak aku dah sibuk ngan keje guru kelas. Macam-macam benda aku kene setlekan, fail dia orang, boring 001, buku pencapaian ..ntahlah..layankan je.. minggu tue juga aku nyaris kene hantar budak pergi BBU budak Puteri Islam… apa gaknye kene mengene aku angan P.Islam aa??? Cmpius jap..

Minggu ke3 slow down sikit minggu exam laa katakan, tapi jumaat tu aku terpaksa jadi urusetia bahagian kehadiran dalam seminar KAJIAN TINDAKAN peringkat Negeri Johor lagi. Dapatlah kenal ngan cikgu2 len..

aku di Seminar Kajian Tindakan peringkat Negeri Johor
Minggu ke-4, lagi tension, aku kene menanda kertas sejarah, baru belajar memang agak tekanan laaa..nak buat macam mane kan…dah tugas..

Exam...exam

Awal cuti sekolah haru tu, aku dah bertapa kat sekolah cz nak setlekan buku pengurusan. Orang semua dah bercuti aku masih duduk sekolah. Ape pun dapat gak setlekan benda-benda tu.

Tue laa serba sedikit cerita aku selama 34 hari aku di SMK PP……..Pasir Gudang

*tak sempat pergi jenjalan laaa….macam mana pun aku dah jejak ke kompleks pusat Bandar pasir gudang, Kipmart,n paling jauh sampai ke Seri Alam…huhu…

No comments: