Tuesday, April 12, 2011

emmm akhirnya aku tewas dengan sikap malas aku ni.... hari tue ye..ye je nak rajin update blog... pas tue ampeh.... tp tetibe aku terasa nak menulis blog.. nie semua gara-gara aku terjumpe blog2 yg cambesh utk di xplore...... =)
rasenye aku dah jmpe , cerita2 yg aku nak tulis.... =)...
harap semangat ini akan terus berkobar2....

=)...

credit to Martha Stewart....membuatkan aku tetiba jatuh hati kat craft yg sngt chumel n cantek..
psssttttt actly skrg nie ngah mencube semua craft DIY yg leh digunakan utk.......... =)

Monday, February 7, 2011

selepas setahun aku x mengupdate kan blog aku yang kian terbiar usang ni..
tiba-tiba aku tergerak nak menulis... nie semua gara-gara aku keseorangan...
tak ada sape nak dengar masalah aku...

aku fade up.. aku geram..
aku sakit hati dengan orang yang pura-pura.. mungkir janji...
Aku dah bagi dia masa lama dah.. mungkin aku nie baik hati sangat sampai orang lain sanggup mngambil kesempatan terhadap aku...
aku ke yang bersalah??? cz terlampau berlembut denganye... aku pecayakan dia... aku tawu yang dia x akan menipu aku n mengeciwakan aku...
tapi akhirnye dia telah memusnahkan kepercayaa yang aku beri padanya...
emmmm manusia...

susah untuk dimengerti...
aku mengharapkan dia dapat menepati janjinye....

aku kini bagai jatuh ditimpa tangga...
mengharapkan sesuatu yang mungkin atau memang tiada untuk aku...
TAPI aku mahu hak aku kembali...
aku memerlukanya...


...i want my m_ _n_y back ....

=(

..........................................................................................................................................................................




..........Nekad untuk kembali ke alam BLOG.......

Thursday, December 3, 2009

Hari ini aku malas nak pergi sekolah. Nak settlekan kerja dekat rumah je. Actualy duduk rumah pun busan gak. Cz duk sorang-sorang. Dina dah pergi keje pukul 8.30 tadi. Pagi ini aku kene rancang konsep yang aku nak buat untuk papan kenyataan sejarah sekolah. Kadang-kadang nak merancang ni pun makan masa, tue lah masalah terbesar aku.


***********************************************

Tak dapat setlekan pun menaip bahan galeri. Tak pe, banyak masa lagi. huhuhu. emm tadi Nana singah jap rumah. Tapi sekejap aje, tak dapat pun habiskan secawan teh. Abang dia dah call suruh cepat. Aku cuma dapat sediakan teh 0 panas dengan colourfull keropok untuk dia.

Lepas Nana balik aku pun tinggal sorang lagi.... pas tue melayan ym.... thankz you 4 someone, miss u so much... =) ...

Jom layan anugerah skrin...macam besh.... kita tengok sape yang menang.....

Jumaat di kota masai...

Ijat belum balik sini... Maknanya aku sorang-sorang dekat rumah nie. Nasib hari ini Dina (housemate aku gak) tidur dekat rumah. Ijat kemungkinan akan balik hari ahad ini. Tak pe lah, yang penting aku dapat siapkan tugasan Galeri Sejarah smk white sand tue...

Wednesday, December 2, 2009

Kejadian semalam.....

Nak dijadikan cerita......



Aku nak balik Pasir Gudang. Mula-mula rancang nak balik menggunakan perkhidmatan awam apa lagi mestilah bas. Tiba-tiba bila aku on facebook ada laa member aku sorang ni buat shoutout yang dia nak balik Pasir Gudang gak. Apa lagi aku teruslah cakap ngan member aku tue nak tumpang.
Seperti hari yang dijanjikan, member aku tue ambik aku kat kampung dan bermulalah perjalanan balik ke Pasir Gudang. Kita orang lalu jalan biasa, lalu dari kampung aku, terus pergi Parit Panjang,membelok ke Parit Sikom, terus sampai ke Pekan Nenas (guna jalan shortcut), lepas tu lalu jalan Skudai, terus jalan ikut bandaraya, lalu pandan dan akhirnya ke Johor Jaya. Ingat nak singgah Johor Jaya cz member aku tue nak ajak chegu Syapie makan tengahari. Tapi apakan daya belum sampai ke rumah chegu Syapie berlaku perkara yang tidak dijangka oleh aku dan juga member aku merangkap pemandu & tuan punya kereta.......
Masa kita orang tunggu lampu merah bertukar jadi hijau..... tiba-tiba ada satu tujahan dari belakang yang membuatkan kereta yang aku naiki nie bergerak beberapa cm kehadapan. Nasib tarik hand break...kalau tak dah sah-sah rempuh kereta depan.




Teksi ini yang langgar belakang kereta member aku. Kata pakcik teksi nie, dia dah tarik hand break tapi kereta dia masih meluncur dan terus rempuh kereta member aku nie. Lagipun jalan licin baru lepas hujan. Dah nasib, nak buat macam mana...


Tarikh : 2 Februari 2009
Masa : 12.40 petang
Lokasi : kawasan Jalan Johor Jaya (lampu isyarat berhampiran shell)
Laporan kejadian : Balai Polis Trafik Seri Alam
Memang agak buntu masa nie. Maklumlah kita orang tak pernah menghadapi situasi ni lagi. Mula-mula nak buat report kat Balai Polis yang dekat dengan tmpat kejadian (actuly aku lupa nama b.polis tu) , sampai saje dekat balai tu, pegawai tu pun bagi tawu yang kat situ tak boleh report. Kita orang terpaksa meredah hujan renyai-renyai pergi dekat Balai Polis Seri Alam. Agak makan masa juga laa nak selesaikan masalah ni. Lepas buat statement, kene uruskan claim insuran pulak .. memang agak men tensionkan & makan masa gak la... kesian betul dekat member aku tue...
Kepada member aku tu.. aku harap dia tabah menghadapi dugaan ini. Semua ni nasib, entah nasib apa ntah ari selasa tue kan...
Hadapilah Dengan Senyuman...
Apa pun sorry sangat2....
city squareplaza pelangiwoodlandslot tensarang buayatanjung langsatkampungpasirputihjalan kebayankomplek pusat bandar.......etc



Monday, November 30, 2009

sekolah ku....

Ini antara gambar-gambar sekolah aku.... nice...
sekolah ini sekolah baru gak laa... dalam 9 tahun.

Pintu masuk smk white sand....



masuk dalam kawasan sekolah je, terus nampak taman..... =)


Kawasan istirehat bawah blok utama. besh tempat nie siap ada air terjun..memang memberi ketenangan tapi waktu cuti sekolah je..ahakzzzz

Sebelum masuk ke blok utama..... kita mesti melalui kawasan pejalan kaki yang menghijau... sejuk mata memandang...


ini antara gambar-gambar yang sempat aku upload untuk tatapan umum... sememangnya sekolah ini mempunyai lanskap yang agak menarik... huhuhu...





Pejam celik pejam celik dah 34 hari aku sudah menjadi seorang guru di smk white sand (SMKPP) .... & sekarang ni aku berada di kampung...cuti beb..cuti raye aji...
macam-macam kenangan , nie yang aku nak share ngan orang2 kat lua tue... sebelum nie aku tak sempat nak cerita dekat sini……………………………

************************************************

26 Nov 2009

Aku, ijat & Ervina ..pagi2 dah gerak pergi SMK Khalid, jb.. Memandangkan nak gerak pagi dari benut adalah amat mustahil untuk smpai ke jb tue dlm kul 7.30, biaselah jem….. sape x kenal jb kan...senantiasa jem lg2 waktu puncak.. So untuk mengelakkan segala masalah yang akan melanda kita orang pon bermalam kat umah akak Rohani kat apartment Larkin Indah…

Sampai je jumpe member2 lama yang memang aku rindui..member2 upsi… Kire macam reunion besar-besaran gaklah.. nak dijadikan cerita kite org g breakfast kat dewan kecik SMK Khalid tue.. Besar gak sekolah nie.. yang paling aku bangga sekolah nie sekolah seni.. satu2 nya sekolah seni yang ada kat semenanjung.
Seperti biasa aku & kawan2 kene dengar ceramah dulu. Macam-macam maklumat kita orang dapat dalam majlis ni…lagi-lagi part gaji tu yang paling penting…ahakzzz…

Lepas kite orang semua kene “brainwash” kita orang pun diserahkan kat Pengetua @ PK Pentdbiran sekolah memasing. Tapi hari tu aku agak malang sikit, PK 1 yang sepatutnya menjemput aku telah meninggalkan aku terkapai-kapai tanpa hala tuju..=(

sedih betul, berlaku mis communication yang si JPNJ cakap PK1 aku masih kat kantin,tapi rupanya dia dah meninggalkan aku keseorang. Dah macam anak terbuang aku nie…
Dah tak pasal2 aku terpaksa menumpang bas SMK kota masai 2, ramai yang posting ke sana tak salah 36 orang, sah-sah satu bas. Aku pun duduk termenung memikirkan nasib aku nie, sambil tunggu bus tu datang. Tak lama kemudian aku jumpa ngan diA ngan member dia Chegu Daus, dengan baik hatinya chegu Daus mempelawa aku.. Dia nak anta aku pergi sekolah white sand tue… emm mula-mula agak keberatan juga laa… ye laa macam menyusahkan dia je.. tapi lepas berfikir secara logik dan memikirkan kepentingan diri serta mendapat sokongan dari orang-orang sekeliling expecialy diA.. aku pun setuju untuk dihantar… agak kesian laa kat chegu daus, dah aa dia masa tue ngah mengalami sakit kepala atau senang cerita magrain. Sampai kat p.gudang kita orang pergi dulu kat sekolah chegu Daus. Biar dia setlekan dulu hal dia dekat pejabat. Tak lama lepas tue dia pun hantar aku ke sekolah White Sand. Nie satu hal gak, nak cari jalan ke sana tu pun masalah, yelah baru lagi kat P.gudang.. siap sesat lagi huhuuh. Sampai-sampai je kat sekolah aku terus pergi pejabat, agak haru jugalah dah laa kene tinggal keseorangan. Masuk-masuk je pejabat semua baru habis meeting, dia orang siap cakap aku yang menghilangkan diri & pada masa tu laa aku berkenalan dengan PK1 aku yang telah bertanggungjawab meningalkan aku keseorangan….Pn. Nasriah…huhhuhhuhuu

Hari pertama datang dah ada masalah…mengaharap sangat lepas nie tak ada lagi masalah besar yang melanda.
Minggu pertama dah banyak keje gakla. Aku dah dapat jadual aku sendiri.. Aku kene mengajar sejarah form4 pas tue jadi guru kelas form3 Gigih. Hari jumaat pulak, aku dah kene menjoinkan diri dalam Majlis Pensiswazahan PMR & SPM kat TS Hotel. Dapat laa aku berkenal-kenalan ngan budak2 SPM n PMR..

Majlis Pensiswazahan PMR & SPM SMKPP

Minggu ke2 pulak aku dah sibuk ngan keje guru kelas. Macam-macam benda aku kene setlekan, fail dia orang, boring 001, buku pencapaian ..ntahlah..layankan je.. minggu tue juga aku nyaris kene hantar budak pergi BBU budak Puteri Islam… apa gaknye kene mengene aku angan P.Islam aa??? Cmpius jap..

Minggu ke3 slow down sikit minggu exam laa katakan, tapi jumaat tu aku terpaksa jadi urusetia bahagian kehadiran dalam seminar KAJIAN TINDAKAN peringkat Negeri Johor lagi. Dapatlah kenal ngan cikgu2 len..

aku di Seminar Kajian Tindakan peringkat Negeri Johor
Minggu ke-4, lagi tension, aku kene menanda kertas sejarah, baru belajar memang agak tekanan laaa..nak buat macam mane kan…dah tugas..

Exam...exam

Awal cuti sekolah haru tu, aku dah bertapa kat sekolah cz nak setlekan buku pengurusan. Orang semua dah bercuti aku masih duduk sekolah. Ape pun dapat gak setlekan benda-benda tu.

Tue laa serba sedikit cerita aku selama 34 hari aku di SMK PP……..Pasir Gudang

*tak sempat pergi jenjalan laaa….macam mana pun aku dah jejak ke kompleks pusat Bandar pasir gudang, Kipmart,n paling jauh sampai ke Seri Alam…huhu…