Thursday, September 18, 2008

cinta seorang sahabat.... 2004-2007

emmm soal hati dan perasaan memang susah untuk dimengerti... aku memang seorang yang takut untuk mengambil risiko lagi-lagi dalam soal perasaan..cinta..persahabatan dan sebagainya... aku tak nak dikecewakan dan x nak mengecewakan... aku berusaha untuk memuaskan hati semua org...... emm tapi disebabkan sikap aku ini aku sudah melepaskan satu peluang...ntahlah aku pun tak pasti adakah itu peluang,takdir atau hanya satu daripada kisah drama yang muncul dari kisah hidup aku ini....kerana aku takut untuk kehilangan seorang teman rapat, aku sudah menolak cintanya,....aku tak tawu apa yang aku perlu buat pada masa itu...aku takut untuk menerima kenyataan..aku takut untuk mengubah perasaan sayang seorang sahabat kepada perasaan cinta...ntah lah..aku mengaku aku memang bukan seorang yang berani untuk mengambil risiko.. aku suka lari dari kenyataan. Akhirnya aku merasa amat kehilangan...adakah ini silapku??? aku tidak mengerti... aku masih lagi berkawan denganya... selama 2tahun dia menunggu aku..dia seakan faham dengan situasi ku yang masih belajar.. antara alasanku berikan mengapa aku menolak cintanya ialah kerana aku ingin menumpukan sepenuh perhatian ku pada pelajaran. hakikatnya aku buntu untuk memikirkan ini semua. Aku sayang padanya tapi aku tak berupaya untuk menerimanya..kenapa?? tapi kini dia semakin jauh dari ku...mungkin dia sudah menemui cintanya..cinta yang lebih tulus, ikhlas dan akan menjanjikan lebih kebahagian... dan kini aku berasa amat kehilangan...kehilangan dia... dugaan hidup..setiap keputusan yang kita ambil akan memberikan impak yang besar kepada kehidupan kita....
kini semua ini hanyalah tinggal kenangan...kenangan yang memberikan sebuah pengertian yang amat besar dalam hidup aku... mengajar erti sebuah perhubungan...mengajar aku untuk jadi lebih berani....

Friday, September 12, 2008

cd interaktif - tugasan studio...

sem ni aku ambik paper grafik lanjutan.. Antara paper kegemaran aku. Mungkin disebabkan aku memang meminati grafik... Grafik n art memang tidak boleh dipisahkan dalam hidup aku. Art is everything.
Tugasan 2 ni buat dalam group. Kali ini aku berpeluang berkolaborasi dengan sahabat baik aku lagi. Siapa lagi kalau bukan nana. =) Tiap sem aku satu group ngan dia. Sekurang-kurangnya aku kenal dan boleh faham dia n dia tentunya sudah faham perangai aku.

tugasan kali ini , membuat cd interktif untuk pelajar prasekolah. Emm tajuk yg agak interesting.. tugasan ini memerlukan aku memahami kehendak kanak-kanak prasekolah. Seronok, aku bagaikan kembali semula kezaman kanak-kanak. menyelami hati mereka, menyelongkar kehendak dan perasaan mereka.

Tema yang perlu aku buat ialah Pekerjaan Bukan Beruniform. Pada mulanya aku buntu untuk memikirkan tema aku ni. aku mesti berusaha untuk menjadikan topik ini menari...walaupun memang susah untuk di realisasikan. huuuhuhuu..
kini aku sudah diperingkat lakaran...tidak lama lagi mesti hidupku porak peranda....hehehe...porak peranada cz kerja bertimbun,,,bermulalah minggu nescafe dan kopiko...ubat untuk menyegarkan mata dan tidak mengantuk... minggu yang penuh mementkan ..itu semua biasa bagi pelajar seni macam aku...
kemanisan dalam lautan kepahitan......

ntah..version 1

emmm sem 7, tahun depan praktikal....cepatnya masa berlalu... aku merasakan aku belum bersedia untuk menghadapi ini semua. Bolehkah aku menghadapi kehidupan ini. huhuu...



macam manapun kehidupan perlu diteruskan...
kehidupan mengajar kita untuk terus menjadi insan yang baik dan berjaya....betul ke??
emm tepuk dada tanya selera..uppss tanya iman tak pun tanya ....?
Bulan ramadhan menjelma lagi, dihitung sudah lama aku tak menulis di blog ini. Masa membataskan aku untuk terus menulis. Mungkin kerana aku yang tidak pandai untuk merancang masa. Aku cuba untuk meluangkan sedikit masa untuk meluangkan masa ku disini. Menulis memberikan aku sejuta ketenangan buat diriku. Mungin blog aku sebelum ini banyak merakam perasaan yang aku sendiri tidak mengerti. Merakam segala ketidak puasan hatiku terhadap seseorang. Biarlah ia berlaku . Mungkin ada hikmah disebaliknya. Hanya tuhan sahaja yang mengerti. setiap apa yang berlaku tentu ada hikmahnya. Bulan ramadhan yang mulia ini aku akan cuba untuk memperbaiki diri, semoga tuhan melindungi ku dari segala bala dan bencana...
insyallah...